Isnin, 6 Julai 2009

C RENTAP WIRA SARAWAK:AGI IDUP AGI NGELABAN.
-Rentap ialah pemimpin masyarakat Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas yang menentang British di Sarawak.
-Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud (PENGGONCANG DUNIA)Beliau juga digelar (RAJA DARAT).
-Kebangkitan Rentap menetang keluarga Brooke disebabkan oleh:
A)Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.
B)James Brooke membina kubu di (NANGA SKRANG)untuk menguasai pergerakan orang Iban.
C)James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang.
-Masyarakat Iban menggunakan slogan AGI IDUP,AGI NGELABAN yang bermaksud SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG DALAM PERJUANGAN MEREKA UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGERI.
-Pada tahun 1853,Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan berjaya membunuh seorang pegawai Brooke,Alan Lee.
-James Brooke bertindak menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan mebakar perkampungan Rentap.
-Rentap terpaksa berundur dan membina kubu di BUKIT SADOK.
-Pada tahun 1857,James Brooke menghantar Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal kerana kubu Rentap amat kukuh.
-Rentap mecabar Brooke dengan kata-kata semangat 'BAWALAH SEMUA MERIAM KAMU,DARI EROPAH KAMI TIDAK TAKUT KEPADA SEMUA ORANG EROPAH'
-James Brooke kemudian mengetuai pasukan menyerang Rentap selama sebulan.
-Akhirnya Rentap dapat ditewaskan dan kubunya di Bukit Sadok telah terbakar.
-Rentap kemudianya telah berundur ke Ulu Sungai Entabai untuk menyusun,stratergi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana beliau telah meninggal dunia.

3 ulasan:

  1. pada tahun berapa Rentap meninggal dunia ???

    BalasPadam
  2. agi hidup agi ngelaban aq suka slogan tu

    BalasPadam
  3. Syabas Rentap. AGI IDUP AGI NGELABAN masih berkobar2 dimulut wira2 negara sekarang. Walau pun kamu sudah lama pergi tetapi semangat juang mu tidak akan padam sampai bila2.

    BalasPadam