Isnin, 6 Julai 2009

-PERISTIWA PERANG NANING.
-Pada tahun 1831,British telah mengisytiharkan Dol Said sebaga penderhaka.
-Seramai 150 orang sepoi dibawah pimpinan Kapten Wylie telah dihantar untuk menangkap Dol Said.
-Dol Said berjaya menewaskan askar-askar British kerana :
A)Menggunakan tektik (PERANG GERILA).
B)Mendapat bantuan daripada Seri Menanti,Sungai Ujong Johor dan Muar.
C)Mendapat bantuan daripada (YAMTUAN MUDA RAJA ALI) dari Rembau yang menghantar tentera bantuan yang dipimpin oleh menantunya (SYED SHA'ABAN).
-British telah memujuk Yamtuan Muda Raja Ali supaya berpaling tadah dan membantunya.
-Yamtuan Muda Raja Ali,akhirnya bersetuju membantu British menghantar 600 orang hulubalang untuk meyerang Naning.
-Pada bulan Mac 1832,KOLONEL HERBERT mengetuai pasukan menyerang Naning dan akhirnya berjaya menewaskan Dol Said.
-Taboh pusat pentadbiran Naning ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar .
-Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti kemudian menyerah diri kepada British.
-Kesan daripada pertempuran Naning ialah:
A)Naning disatukan dengan Melaka.
B)Dol Said diberi pencen dan rumah untuk menetap di Melaka.
C)British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling untuk menampung perbelanjaan perang.
D)Menghidupkan semangat perjuangan di kalangan bangsa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan