Isnin, 6 Julai 2009

B FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID TERHADAP BRITISH.
1-MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN NANING.
-Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824,Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
-British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka.
-Oleh itu,British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka.
-Dakwaan British ditentang oleh Dato' Dol Said dan rakyat Naning bukan Wilayah Melaka.
2-MENENTANG PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG BRITISH.
-Peraturan yang diperkenalkan oleh British menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.
-Dol Said tidak dibenarkan mengendalikan kes-kes jenayah di Naning.
-Pada tahun 1828,British meberi amaran kepada Dol Said kerana beliau telah membicarakan kes jenayah di Naning.
-Beliau di ugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.
3-MENENTANG BAYARAN CUKAI.
-Pada tahun 1830,Brtish memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil pengeluran pertanian kepada British.
-Cukai tersebut dikenakan kerana mendapati hasil daerah Naning melebihi 4 500 dolar sebulan.

1 ulasan:

  1. Boleh nyatakan tak siapakah wakil British/resident pada ketika itu???

    BalasPadam