Isnin, 6 Julai 2009

D SHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK.
-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei.
-Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang.
-Kewibawaan beliau tergugat apabil James Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei.
-Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British disana.
-Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke.
-James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah.
-Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusir James Brooke keluar dari Sarawak.
-Pada tahun 1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit.
-Pada tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temengung Hashim dari Sadong berpakat menyerang Brooke di Kuching.
-Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke.
-Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah ditahan dan dipenjarakan di Betawi.
-Pertempuran sengit antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong.
-Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh.
-Akhirnya, Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah.
-Pada tahun 1861,Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura.
-Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang Brooke tetap di teruskan.
-Keluarga Brooke kemudianya menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu Asun pada tahun 1931.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan