Sabtu, 11 Julai 2009

F YAMTUAN ANTAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SERI MENANTI.
-Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti yang berkuasa ke atas wilayah Terachi,Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol.
-Yamtuan Antah mempunyai hubungan yang tegang dengan Dato'Kelana Sungai Ujong kerana beliau:
a)Tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British yang menggugat kedaulatan bangsa.
b)Tidak mengiktirafkan Dato'Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
-Hubungan antara mereka semakin runcing apabila Dato'Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
-Yamtuan Antah membuat bantahan kerana Terachi merupakan jajahan Seri Menanti.
P.J. Murray,Residen British d Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juru ukur menyiasat pertikaian tersebut.
-Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya meminta British menghentikan kerja-kerja mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah yang akhirnya mencetuskan pertempuran.
-Kebangkitan Yamtuan Antah mendapat sokongan Dato'Siamang Gagap,Tengku Besar Tampin,Penduduk Rembau,Jelebu dan Johor.
-Pada peringkat awal penentangan,Yamtuan Antah telah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ.
-Bagaimanapun,pihak British telah berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan daripada Negeri-negeri Selat.
-Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus kemudiannya ke Johor.
-Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor,Yamtuan Antah telah menandatangani perjanjian dengan Sir William Jervois.
-Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
-Perjanjian telah memberi peluang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan