Khamis, 9 Julai 2009

E DATO'MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAAN PERAK.
-Dato'Maharaja Lela memimpin gerakan menentang British di Perak.
-Beliau adalah Orang Besar Berlapan Perak dan menjadi Penghulu Pasir Salak.
-Melalui perjanjian Pangkor,Perak menerima seorang Residen,iaitu J.W.W Birch pada bulan November 1874.
-Perlantikan Birch sebagai Residen di Perak telah menyebabkan berlaku konflik antara J.W.W Birch dengan Sultan dan pembesar-pembesar di Perak yang tidak berpuas hati.
-Keadaan ini mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
FAKTOR-KAKTOR KEBANGKITAN PENENTANGAN TERHADAP BRITISH.
1:PEMBESAR KEHILANGAN HAK MEMUNGUT CUKAI.
a)Sultan Abdullah telah dipaksa menyerahkan hak mengutip cukai kepada British.
b)Sultan diugut akan dipecat sekirannya enggan menandatangani pengistystiharan hak mengutip cukai.
c)Birch membakar rumah Raja Ngah kerana terus menjalankan kutipan cukai timah di Bidor.
2:MEMPERKENALKAN CUKAI BARU.
a)Birch dengan sesuka hati telah bertindak memperkenalkan beberapa cukai baru seper cukai padi,perahu,atap,senjata dan bayaran permit untuk kegiatan membalak.
b)Setiap isi rumah dikhendaki membayar cukai sebanyak dua dolar sebagai cukai keluarga.
3:MENCABAR KETURUNAN MELAYU.
a)Kemuncak kemarahan Sultan Abdullah berlaku apabila di desak menandatangani perjanjian pengisytiharkan penyerahan kuasa kepada British.
b)Pengisytiharan tersebut menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen.
c)Sehubungan itu,Residen berkuasa melantik hakim,mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
4:MECABULI ADAT RESAM MELAYU.
a)Birch telah mengharamkan amalan perhambaan menyebabkan Sultan dan pembesar berasa marah kerana amalan itu adalah adat resam Melayu.
b)Birch sendiri menyimpan hamba-hamba perempuan di kediamannya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan