Sabtu, 11 Julai 2009

G DATO'BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG.
-Kebangkitan menentang British di Pahang diketuai oleh Dato'Bahaman.
-Dato'Bahaman digelar Orang Kaya Dato'Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
-Dato'Bahaman dilantik sebagai pembesar Termeloh apabila Orang Kaya Indera Segera meninggal dunia.
-Perlaksanaan undang-undang British menyebabkan Dato' Bahaman kehilangan kuasa.
-Faktor-faktor penentangan Dato'Bahaman adalah:
a)Dato'Bahaman hilang hak mengutip cukai setelah British melantik E.A Wise sebagai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Termeloh.
b)Pembinaan balai polis di Lubuk Terua tanpa terlebih dahulu berunding dengan Dato'Bahaman.
c)Hugh Clifford memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato'Bahaman dan Beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.
PERISTIWA-PERISTIWA PENENTANGAN DATO'BAHAMAN.
A) 16 Disember 1891
=British menangkap 3 orang pengikut Dato'Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
=Dato'Bahaman bertindak menyerang balai polis Lubuk Terua.
B)26 Disember 1891
=Hugh Clifford menyerang dan cuba menawan semula balai polis Lubuk Terua tetapi tidak berjaya.
=Beliau kemudian meminta bantuan daripada Singapura.
C)Januari 1892
=Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.
=Sultan Wan Ahmad mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato'Bahaman di Bentong.
D)Mac 1892
=Dato'Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan perjuangan menjadi semakin sengit.
=Ini kerana Dato'Bahaman mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
E)Mei 1892
=British sekali lagi menyerang Lubuk Terua dan menyebabkan pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
=Di Terengganu,ulama tersohor Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang British.
F)14 Jun 1894
=Dato'Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
=British menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
=Dato'Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau terpaksa berundur ke Kelantan.Dengan ini perang akhirnya tamat.
G)Kesan perang ini:
=British mengalami banyak kerugian dalam membiayai kos perang selama 4 tahun.
=Sultan Ahmad terpaksa membayar 7 200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan