Sabtu, 18 Julai 2009

H MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB.
-Kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah dipimpin oleh Mat Salleh iaitu pembesar daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
-Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk yang mempunyai sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.
-Faktor-faktor Mat Salleh menentang British adalah :-
a)Perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina yang menyemarakkan semangat beliau untuk menentang SBUB.
b)Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan peratuaran baru seperti amalan buruh paksa,cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat.
c)British tidak menghiraukan kehadiran beliau ke Sandakan untuk berunding tentang masalah cukai dan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.
d)Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh kerana menganggap beliau sebagai satu ancaman.British juga menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menagkap Mat Salleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan