Ahad, 19 Julai 2009

Sejarah Ting2:Bab 7.

Sejarah Ting2:Bab 7
PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA.
-British campurtangan di Tanah Melayu,Serawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan.
-Perubahn dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa.
-British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat.
-Keadaan ini mencetuskan kebagkitan rakyat yang menentang British.
-Ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin,Dol Said,Rentap,Sharif Mashor,Dato' Maharaja Lela,Yamtuan Antah,Dato' Bahaman,Mat Salleh,Antonom,Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong.-Mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.
-PERISTIWA KEBANGKITAN TANI (1922-1928).
1:Kebangkitan Tahun 1922
a)Petani di Kuala Telemong menentang peraturan tanah.
b)Mereka tetap membersihkan tanah di Telemong tanpa mengambil pas kebenaran.
c)British bertindak dengan menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah.
d)Haji Abdul Rahman Limbong telah bertindak sebagai peguam dan menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri.
e)Kegagalan British mematahkan hujahnya menyebabkan mahkamah membebaskan mereka.
2:Kebangkitan tahun 1925
a)Penduduk membantah pemberian konsesi tanah kepada saudagar Cina
b)Seramai 300-500 petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam.
c)Mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan dari Lubuk Batu ke Kampung Pelam.
d)British mendesak Sultan Sulaiman bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong.
e)Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada Sultan bahawa pentadbiran British telah menindas rakyat di Kuala Berang.
3:Kebangkitan tahun 1928
a)British mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas petani yang enggan membayar cukai.
b)Ancaman ini menyebabkan 1 000 orang petani berkumpul di Marang,Kuala Berang dan Kuala Telemong untuk mengisytiharkan perang terhadap British.
c)Di Kuala Berang,petani berjaya menawan bangunan kerajaan dan balai polis serta mengibarkan bendera merah.
d)British meminta bantuan tentera dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan menyerang Padang Kacong.
e)Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin tani di tangkap termasuk Haji Abdul Rahman Limbong.
f)Haji Abdul Rahman Limbong dibicarakan dan didapati bersalah.Beliau dibuang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan rusuhan.
K HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG PEJUANG TANI.
-Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Hamid dan digelar Abdul Rahman Limbong kerana kerap ke Limbong mengajar agama.
-Beliau membela nasib petani sehingga tercetusnya peristiwa Kebangkitan Tani.
-Faktor Kebangkitan Tani ialah:-
a)Penguat kuasaan undang-undang kawalan binatang buas yang melarang penduduk memburu binatang liar.Sesiapa yang ingkar akan didenda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas.
b)Pada tahun 1921,British telah memperkenalkan peraturan tanah yang mengkhendaki petani untuk mendapatkan pas kebenaran dengan bayaran 50 sen jika ingin membuka tanah dan bercucuk tanam,menebang pokok serta mengutip hasil hutan.
c)Sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1924 mewajibkan mendaftar tanah mereka dengan bayaran 2.50 ringgit setiap seorang.
d)Pengaruh pemimpin agama seperti Haji Abdul Rahman Limbong yang menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengusahakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan.Haji Musa Abdul Ghani pula mendakwa peraturan British sebagai bertentangan dengan Syariah Islam.
-PERISTIWA PENENTANGAN TOK JANGGUT.
1:Pada 28 April 1915
a)Pegawai Daerah Pasir Puteh,Encik Latiff telah menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana dituduh enggan membayar cukai.
b)Sarjan Che Wan terbunuh dalam pergaduhan dengan Tok Janggut.
2:Pada 29 April 1915
a)Tok Janggut,Engku Besar Jeram,Penghulu AdamHaji Said dan Che Ishak Merbol telah melancarkan serangan keatas Pasir Puteh dan berjaya menawannya.
b)Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja.Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai Daerah Pasir Puteh.
3:Pada 9 Mei 1915
a)British telah menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan orang kanan beliau sama ada hidup atau mati.
4:Pada 23 Mei 1915
a)British bertindak membakar rumah Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya kerana enggan menyerah diri.
b)Tok Janggut membalas tindakan tersebut dengan menyerang Pasir Puteh.
5:Pada 24 Mei 1915
a)British telah menyerang Tok Janggut dan berkubu di Kampung Dalam Pupuh,Saring.
b)Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut.
c)Mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di Padang Balai Besar,Kota Bharu dalam keadaan kepala ke bawah selama empat jam.
d)Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.

Sabtu, 18 Julai 2009

J TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD.
-Penentangan di Pasir Puteh di pimpin oleh Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas.
-Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram,Pasir Puteh,Kelantan dan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.
-Tok Janggut tinggal di Kampung Nering dan bekerja sebagai petani serta peniaga.
-Tok Janggut menentang British kerana:-
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

PERISTIWA PENENTANGAN ANTANOM.
1:Antonom telah menyatukan orang Murut untuk menyerang Pensiangan dan membakar bangunankerajaan pada bulan Februari 1915.
2:Pada bulan Mac 1915,Antonom memimpin 600 orang Murut menyerang Rundum dan memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB.
3:Kejayaan Antonom menewaskan SBUB telah menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikutnya semakin bertambah.
4:Pada bulan April,SBUB menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubu Antonom.
5:Kebangkitan ini dinamakan Kebangkitan Rundum kerana berlaku di daerah Rundum.
6:Kebangkitan Rundum berjaya ditamatkan apabila Antonom dan 400 orang pengikutnya terkorban dalam pertempuran mempertahankan Rundum.
7:SBUB telah bertindak tegas terhadap pengikut Antonom,seramai 8 orang kanan Antonom telah dibuang daerah ke Kudat,manakala yang lain telah dijadikan buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis ke Keningau.
8:Orang Murut telah diminta bersumpah taat setia dengan SBUB bagi mengelakkan kebangkitan menentang SBUB.
9:Orang Murut telah berpindah ke kawasan pedalaman Kalimantan sebagai tanda bantahan SBUB.
I ANTANOM PAHLAWAN ANAK RIMBA BERJIWA BESAR.
-Nama sebenar Antanom ialah Ontoros anak lelaki Antanom yang merupakan ketua kaum Murut di Rundum.
-Dalam usia 30 tahun,Antanom telah memimpin orang Muryt menentang SBUB yang menindas kaumnya.
-Sebab penetangan Antonom terhadap SBUB adalah:-
a)Menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa untuk membuat jalan di pedalaman dan kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.
b)British melarang orang Murut membuka tanah baru menyebabkan mereka kekurangan beras.
c)Mengasingkan suami isteri kaum Murut.Mereka dikenakan bayaran sebanyak 1 dolar bagi setiap kali pertemuan.Sekiranya mereka mempunyai 2 orang anak,seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa.
d)Tindakan SBUB menceroboh hutan untuk membuat jalan dianggap menggangu roh nenek moyang mereka.
e)SBUB telah mengenakan pelbagai jenis cukai yang membebankan seperti cukai kepala,cukai tanaman pindah,cukai pokok kelapa untuk meminun tuak,cukai tangkapan ikan besar dan bayaran untuk memelihara anjing.