Ahad, 5 Julai 2009

7:1PERJUANGAN YANG MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH.
-Pada tahun 1823,Tunku Abdullah bersama 3 orang tentera menyerang Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British telah membantu Siam.
-Pada tahun 1831,Tunku Kudin telah berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka.
-British telah menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung Kedah menyebabkan bekalan makanan terputus dan Tunku Kudin terkorban.
-Pada tahun 1836,Sultan Ahmad Tajuddin cuba menyerang Siam melalui Bruas Perak tetapi gagal kerana British berjaya mengesan gerakan ini dan menangkap Sultan Ahmad Tajuddin.
-Pada tahun 1838,Tunku Muhammad Saad memimpin kebangkitan rakyat Kedah menentang Siam dan berjaya menawan semula kawasan Selatan Kedah,Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla.
-Namun begitu dengan bantuan British,Siam berjaya menguasai semula Kedah.
-Perjuangan berterusan daripada rakyat Kedah menentang Siam,meyebabkan Siam akhirnya membuat keputusan untuk berdamai dengan Kedah.
-Putera Sultan Ahmad Tajuddin,iaitu Tunku Daie telah dihantar ke Bangkok untuk berunding.
-Pada tahun 1842,Siam bersetuju mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin tetapi Wilayah Perlis,Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan