Sabtu, 18 Julai 2009

PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH.
-Pada bulan Julai 1987,Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.
-Pada bulan November,Mat Salleh menyerang Ambong.
-British tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu membuat tawaran untuk berdamai dan memberi pengampunan kepada Mat Salleh.
-Rundingan telah dibuat antara kedua-dua pihak di Menggatal.
-Syarat perjanjian adalah:-
a)Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan.
b)Mat Salleh dibenarkan untuk mentadbir wilayah Tambunan.
c)Mat Salleh dikhendaki melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
d)Penduduk Inaman dibenarkan kembali ke kampung mereka.
H MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB.
-Kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah dipimpin oleh Mat Salleh iaitu pembesar daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
-Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk yang mempunyai sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.
-Faktor-faktor Mat Salleh menentang British adalah :-
a)Perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina yang menyemarakkan semangat beliau untuk menentang SBUB.
b)Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan peratuaran baru seperti amalan buruh paksa,cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat.
c)British tidak menghiraukan kehadiran beliau ke Sandakan untuk berunding tentang masalah cukai dan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.
d)Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh kerana menganggap beliau sebagai satu ancaman.British juga menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menagkap Mat Salleh.

Sabtu, 11 Julai 2009

G DATO'BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG.
-Kebangkitan menentang British di Pahang diketuai oleh Dato'Bahaman.
-Dato'Bahaman digelar Orang Kaya Dato'Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
-Dato'Bahaman dilantik sebagai pembesar Termeloh apabila Orang Kaya Indera Segera meninggal dunia.
-Perlaksanaan undang-undang British menyebabkan Dato' Bahaman kehilangan kuasa.
-Faktor-faktor penentangan Dato'Bahaman adalah:
a)Dato'Bahaman hilang hak mengutip cukai setelah British melantik E.A Wise sebagai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Termeloh.
b)Pembinaan balai polis di Lubuk Terua tanpa terlebih dahulu berunding dengan Dato'Bahaman.
c)Hugh Clifford memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato'Bahaman dan Beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.
PERISTIWA-PERISTIWA PENENTANGAN DATO'BAHAMAN.
A) 16 Disember 1891
=British menangkap 3 orang pengikut Dato'Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
=Dato'Bahaman bertindak menyerang balai polis Lubuk Terua.
B)26 Disember 1891
=Hugh Clifford menyerang dan cuba menawan semula balai polis Lubuk Terua tetapi tidak berjaya.
=Beliau kemudian meminta bantuan daripada Singapura.
C)Januari 1892
=Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.
=Sultan Wan Ahmad mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato'Bahaman di Bentong.
D)Mac 1892
=Dato'Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan perjuangan menjadi semakin sengit.
=Ini kerana Dato'Bahaman mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
E)Mei 1892
=British sekali lagi menyerang Lubuk Terua dan menyebabkan pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
=Di Terengganu,ulama tersohor Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang British.
F)14 Jun 1894
=Dato'Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
=British menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
=Dato'Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau terpaksa berundur ke Kelantan.Dengan ini perang akhirnya tamat.
G)Kesan perang ini:
=British mengalami banyak kerugian dalam membiayai kos perang selama 4 tahun.
=Sultan Ahmad terpaksa membayar 7 200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang perang.
F YAMTUAN ANTAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SERI MENANTI.
-Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti yang berkuasa ke atas wilayah Terachi,Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol.
-Yamtuan Antah mempunyai hubungan yang tegang dengan Dato'Kelana Sungai Ujong kerana beliau:
a)Tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British yang menggugat kedaulatan bangsa.
b)Tidak mengiktirafkan Dato'Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
-Hubungan antara mereka semakin runcing apabila Dato'Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
-Yamtuan Antah membuat bantahan kerana Terachi merupakan jajahan Seri Menanti.
P.J. Murray,Residen British d Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juru ukur menyiasat pertikaian tersebut.
-Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya meminta British menghentikan kerja-kerja mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah yang akhirnya mencetuskan pertempuran.
-Kebangkitan Yamtuan Antah mendapat sokongan Dato'Siamang Gagap,Tengku Besar Tampin,Penduduk Rembau,Jelebu dan Johor.
-Pada peringkat awal penentangan,Yamtuan Antah telah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ.
-Bagaimanapun,pihak British telah berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan daripada Negeri-negeri Selat.
-Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus kemudiannya ke Johor.
-Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor,Yamtuan Antah telah menandatangani perjanjian dengan Sir William Jervois.
-Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
-Perjanjian telah memberi peluang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.

Khamis, 9 Julai 2009

-KRONOLOGI PENENTANGAN DATO'MAHARAJA LELA.
-Sultan Abdullah,Dato'Sagor,Dato'Maharaja Lela,Pandak Lam dan Ngah Ibrahim telah bermesyuarat di Durian Sebatang dan membuat keputusan menjatuhkan untuk membunh Birch.
-Dato'Maharaja Lela dan pengikutnya Dato' Sagor,Pandak Indut dan Sepuntum telah menawarkan diri untuk membunuh Birch dan menghalau British dari Perak.
-Pada 2 November 1875,J.W.W Birch telah sampai di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan hak memungut cukai.
-Peluang ini telah diambil oleh Dato'Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya untuk membunuh Birch.
-Birch akhirnya dibunuh menyebabkan British membuat serangan balas ke atas Pasir Salak dengan menghantar pasukan tentera yang diketuai oleh Kapten Innes terbunuh.
-Pertempuran berterusan selama 6 bulan dan dikenali sebagai Perang Perak.
-Akhirnya, British telah menewaskan pejuang Perak dengan bantuan tentera daripada India dan Hong Kong.
-Tindakan berikut diambil oleh British terhadap pembunuhan Brich:
a)Dato'Maharaja Lela,Dato' Sagor,Pandak Indut dan Seputum telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
b)Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Scychelles.
c)Raja Ismail dibuang negeri ke Singapura..
E DATO'MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAAN PERAK.
-Dato'Maharaja Lela memimpin gerakan menentang British di Perak.
-Beliau adalah Orang Besar Berlapan Perak dan menjadi Penghulu Pasir Salak.
-Melalui perjanjian Pangkor,Perak menerima seorang Residen,iaitu J.W.W Birch pada bulan November 1874.
-Perlantikan Birch sebagai Residen di Perak telah menyebabkan berlaku konflik antara J.W.W Birch dengan Sultan dan pembesar-pembesar di Perak yang tidak berpuas hati.
-Keadaan ini mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
FAKTOR-KAKTOR KEBANGKITAN PENENTANGAN TERHADAP BRITISH.
1:PEMBESAR KEHILANGAN HAK MEMUNGUT CUKAI.
a)Sultan Abdullah telah dipaksa menyerahkan hak mengutip cukai kepada British.
b)Sultan diugut akan dipecat sekirannya enggan menandatangani pengistystiharan hak mengutip cukai.
c)Birch membakar rumah Raja Ngah kerana terus menjalankan kutipan cukai timah di Bidor.
2:MEMPERKENALKAN CUKAI BARU.
a)Birch dengan sesuka hati telah bertindak memperkenalkan beberapa cukai baru seper cukai padi,perahu,atap,senjata dan bayaran permit untuk kegiatan membalak.
b)Setiap isi rumah dikhendaki membayar cukai sebanyak dua dolar sebagai cukai keluarga.
3:MENCABAR KETURUNAN MELAYU.
a)Kemuncak kemarahan Sultan Abdullah berlaku apabila di desak menandatangani perjanjian pengisytiharkan penyerahan kuasa kepada British.
b)Pengisytiharan tersebut menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen.
c)Sehubungan itu,Residen berkuasa melantik hakim,mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
4:MECABULI ADAT RESAM MELAYU.
a)Birch telah mengharamkan amalan perhambaan menyebabkan Sultan dan pembesar berasa marah kerana amalan itu adalah adat resam Melayu.
b)Birch sendiri menyimpan hamba-hamba perempuan di kediamannya sendiri.

Isnin, 6 Julai 2009

D SHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK.
-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei.
-Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang.
-Kewibawaan beliau tergugat apabil James Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei.
-Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British disana.
-Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke.
-James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah.
-Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusir James Brooke keluar dari Sarawak.
-Pada tahun 1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit.
-Pada tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temengung Hashim dari Sadong berpakat menyerang Brooke di Kuching.
-Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke.
-Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah ditahan dan dipenjarakan di Betawi.
-Pertempuran sengit antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong.
-Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh.
-Akhirnya, Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah.
-Pada tahun 1861,Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura.
-Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang Brooke tetap di teruskan.
-Keluarga Brooke kemudianya menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu Asun pada tahun 1931.